Plak Peringatan:
Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Seri Negara

Seri Negara holds profound heritage significance as the historic backdrop to formative moments in the making of the Malaysian nation. In recognition of this, the conservation of Seri Negara in 2024-2025 by its new owner, Aset Warisan Satu Sdn. Bhd., has been guided by a commitment to preserve the architectural integrity of its original design, keeping it as close as possible to its appearance
during the Merdeka era.

Detailed research and site investigations informed a conservation approach that prioritised the retention of original features and materials wherever possible, to ensure that the character and craftsmanship of the building were safeguarded. Key architectural elements that had been lost or damaged were reinstated to ensure the continuity of the building’s early expression.

Equally important was the removal of later additions and renovations that no longer aligned with the new function of Seri Negara as a cultural space. Restorative or corrective interventions were undertaken with consideration for the building’s heritage value and with approvals from the National Heritage Department.

Plak ini ditandatangani oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 15 Disember 2025 bagi memperingati detik bersejarah penyempurnaan pemuliharaan Seri Negara. Majlis tersebut menandakan kembalinya bangunan bersejarah ini kepada rakyat selepas usaha pemuliharaan yang diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad di bawah Dana Warisan dan Warisan KL.

Dalam ucapan beliau, Perdana Menteri menegaskan bahawa pemeliharaan warisan bukan sekadar menyingkap sejarah, tetapi “memaknai kemerdekaan, jati diri”. Beliau mengingatkan bahawa kemerdekaan negara tidak datang tanpa pengorbanan: “ada liku-liku sejarah yang getir, ada harga keringat, darah dan air mata dan wajar anak-anak kita memahaminya”.

Mengimbas sejarahnya sebagai simbol elit penjajah, beliau menekankan bahawa Seri Negara kini diberi makna baharu — bukan lagi gedung eksklusif, tetapi ruang milik semua. Dalam kerangka Malaysia MADANI, beliau menegaskan prinsip keterangkuman: “ruang untuk anak-anak sekolah, anak-anak muda, rakyat biasa itu harus menjadikannya di sini… ruang untuk rakyat di negara yang merdeka dan berdaulat”.

Beliau turut menyifatkan pemuliharaan ini sebagai sesuatu yang “dimanfaatkan oleh semua rakyat… dan boleh merasa bangga bahawa ini hasil dan makna negara merdeka dan berdaulat”.

Plak peringatan ini bukan sekadar tanda perasmian. Ia menandakan peralihan makna — daripada simbol kuasa kolonial kepada mercu tanda warisan yang inklusif dan hidup. Ia mengabadikan saat Seri Negara diangkat semula sebagai ruang budaya awam, wadah pendidikan sejarah dan lambang kebanggaan negara untuk generasi kini dan akan datang.

Visitor Amenities

our floor plan

Privacy Notice