KISAH PEMULIHARAAN SERI NEGARA
Seri Negara holds profound heritage significance as the historic backdrop to formative moments in the making of the Malaysian nation. In recognition of this, the conservation of Seri Negara in 2024-2025 by its new owner, Aset Warisan Satu Sdn. Bhd., has been guided by a commitment to preserve the architectural integrity of its original design, keeping it as close as possible to its appearance
during the Merdeka era.
Detailed research and site investigations informed a conservation approach that prioritised the retention of original features and materials wherever possible, to ensure that the character and craftsmanship of the building were safeguarded. Key architectural elements that had been lost or damaged were reinstated to ensure the continuity of the building’s early expression.
Equally important was the removal of later additions and renovations that no longer aligned with the new function of Seri Negara as a cultural space. Restorative or corrective interventions were undertaken with consideration for the building’s heritage value and with approvals from the National Heritage Department.
Seri Negara memiliki nilai warisan yang tersendiri sebagai latar kepada detik-detik bersejarah pembentukan negara Malaysia. Sehubungan itu, usaha pemuliharaan bangunan ini antara tahun 2024-2025 telah dilaksanakan oleh Aset Warisan Satu Sdn. Bhd., selaku pemilik baharu, dengan hasrat mengembalikan keutuhan reka bentuk seni bina asalnya sehampir mungkin dengan penampilannya pada era Merdeka.
Pendekatan pemuliharaan ini bersandarkan penyelidikan dan siasatan tapak yang terperinci serta mengutamakan pengekalan ciri-ciri dan bahan binaan asal sebanyak mungkin, sekali gus menjamin sifat dan mutu pertukangan bangunan ini terpelihara. Elemen utama seni bina asal yang telah hilang atau rosak dibina semula bagi mengekalkan kesinambungan ekspresi awal bangunan ini.
Perobohan elemen tambahan dan pengubahsuaian yang tidak lagi selaras dengan fungsi baharu Seri Negara sebagai ruang kebudayaan juga merupakan aspek yang penting. Kerja-kerja pemuliharaan dan pembinaan semula dilaksanakan dengan mengambil kira sepenuhnya nilai warisan bangunan ini, dengan kelulusan Jabatan Warisan Negara.
Tangga Utama
Beberapa anak tangga terbawah di Anjung Ketibaan telah tenggelam sedikit demi sedikit akibat kerja-kerja peninggian paras jalan selama bertahun-tahun. Rupa bentuk asal tangga turut berubah bentuk setelah dipasang dengan lapisan jubin mozek dan seramik yang baharu. Kerja pemuliharaan mendedahkan semula anak tangga yang tertimbus itu, dan memperlihatkan kembali rupa bentuk tangga masuk Anjung Ketibaan sebagaimana yang asal.
Anak Tangga Anjung Ketibaan

Perobohan Struktur Tambahan
Kerja pemuliharaan turut melibatkan perobohan cermat struktur-struktur tambahan yang telah dibina dari semasa ke semasa. Pengalihan binaan tambahan dari bahagian dalaman dan luaran ini penting untuk mengembalikan rupa bentuk awal blok bangunan serta menjaga keutuhan seni binanya.
Pengembalian Tingkap Transom
Foto lama dan lukisan bersejarah dijadikan rujukan utama dalam memulihkan beberapa bingkai tingkap transom kepada reka bentuk asalnya. Tingkap berbilah sedia ada telah diganti baharu berpandukan perincian asal, manakala birai hiasnya dibina semula berdasarkan lukisan seni bina tahun 1924.
Pemuliharaan Bahan Binaan
Lantai dan alang sokongan kayu dibaik pulih menggunakan kayu keras spesies Merbau, manakala kekuda serta genting bumbung diganti dengan padanan bahan yang paling hampir dengan yang asal. Kerja baik pulih bumbung turut menggunakan genting Marseille, selaras dengan fabrik dan bahan binaan awal bangunan ini.
PENEMUAN PEMULIHARAAN SERI NEGARA
Seri Negara holds profound heritage significance as the historic backdrop to formative moments in the making of the Malaysian nation. In recognition of this, the conservation of Seri Negara in 2024-2025 by its new owner, Aset Warisan Satu Sdn. Bhd., has been guided by a commitment to preserve the architectural integrity of its original design, keeping it as close as possible to its appearance
during the Merdeka era.
Detailed research and site investigations informed a conservation approach that prioritised the retention of original features and materials wherever possible, to ensure that the character and craftsmanship of the building were safeguarded. Key architectural elements that had been lost or damaged were reinstated to ensure the continuity of the building’s early expression.
Equally important was the removal of later additions and renovations that no longer aligned with the new function of Seri Negara as a cultural space. Restorative or corrective interventions were undertaken with consideration for the building’s heritage value and with approvals from the National Heritage Department.
Kerja-kerja pemuliharaan Seri Negara turut berdepan dengan cabaran penemuan-penemuan di luar jangkaan sepanjang pelaksanaan kerja di tapak. Apabila bahagian-bahagian tertentu bangunan dibuka semula, lapisan kemasan asal yang sebelum ini tersembunyi serta elemen seni bina yang tidak pernah direkodkan mula terserlah. Penemuan yang tidak dirancang ini memperkayakan lagi pemahaman tentang evolusi Seri Negara.
Setiap penemuan dinilai oleh pasukan pemuliharaan untuk menentukan kaitannya dengan nilai seni bina dan sejarah bangunan. Rancangan pemuliharaan kemudiannya disesuaikan semula sekiranya elemen tersebut mempunyai kepentingan budaya atau estetika. Ini melibatkan pindaan pada perincian serta pelarasan sistem bangunan bagi memastikan sebarang intervensi baharu berharmoni dengan fabrik asal.
Kerja-kerja penyesuaian ini penting dalam usaha memulihkan sebuah bangunan yang begitu besar maknanya kepada negara. Cabaran yang muncul sepanjang proses pemuliharaan ini memperlihatkan betapa mendalam, rumit dan halusnya pertukangan yang terlibat dalam memelihara mercu tanda warisan demi generasi akan datang.
Tangga Koridor Asal
Proses pemuliharaan ini membawa kepada beberapa penemuan yang tidak dijangka, sekali gus mendedahkan semula butiran seni bina yang sekian lama tersembunyi. Kajian foto lama serta penggalian di tapak menemukan anak tangga asal di anjung aras bawah, tersembunyi di balik struktur tambahan kemudian — masih terpelihara, lengkap dengan kemasan kapurnya.
Tingkap Clerestory di Bahagian Anjung Atas
Penemuan tingkap clerestory asal yang terletak di atas paras mata merupakan antara penemuan yang terpenting. Tingkap-tingkap ini membekalkan pencahayaan semula jadi serta membantu pengudaraan. Pengalihan siling sedia ada di aras satu mendedahkan bekas bukaan tingkap-tingkap tersebut serta ketinggian siling asal. Tingkap-tingkap ini dipulihara, dan aras siling ditinggikan semula. Sistem mekanikal dan elektrik juga direka semula untuk disesuaikan dengan pengembalian ciri asal ini.
Jubin Lantai Anjung
Kemasan jubin bercorak yang ditemui di anjung aras satu dipercayai merupakan baki kemasan lantai asal. Memandangkan hanya sebahagian kecil yang ditemui dan tidak dapat ditanggalkan tanpa merosakkan struktur lantai, bahan ini direkodkan sepenuhnya melalui bukti bergambar.
Penutup Lurang Kumbahan
Sebuah penutup lurang pembetungan asal yang diperbuat daripada besi tuang telah ditemui berhampiran kawasan restoran. Cap pengeluar yang tertera — Doulton & Co. Ltd., Lambeth Sanitary Engineers, London — mengesahkan asal usul buatan British serta keaslian sejarah pemasangan tersebut.
Penanda Kubur Seekor Anjing Peliharaan
Sebuah penanda kecil kubur anjing bertarikh 1954 turut ditemui berdekatan kawasan laman. Identiti pemiliknya tidak dapat dipastikan, namun menurut Shahrul Hairi bin Sani — anak kepada Sani bin Samad yang pernah bekerja di King’s House (Istana Tetamu) dari tahun 1940-an hingga 1980-an — ianya dipercayai kubur anjing peliharaan milik Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British Tanah Melayu (1948-51).