Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 Ditandatangani Oleh Sir Gerard Edward James Gent Yang Mewakili Kerajaan British Dan Raja-raja Melayu Di King’s House, Kuala Lumpur.

Pada 21 Januari 1948, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani di King’s House, Kuala Lumpur.

Perjanjian ini ditandatangani antara Sir Gerard Edward James Gent yang mewakili kerajaan British dengan Raja-raja Melayu yang terdiri daripada DYMM Sultan Johor, KDYMM Sultan Pahang, DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, YTM Undang Luak Sungei Ujong, YTM Undang Luak Jelebu, YTM Undang Luak Johol, YTM Undang Luak Rembau, YTM Tengku Besar Tampin, DYMM Sultan Selangor, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, KDYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman, DYMM Raja Negeri Perlis, KDYMM Al-Sultan Kelantan dan KDYMM Sultan Terengganu.

Perjanjian ini ditandatangani dalam 32 salinan dengan 16 salinan bahasa Melayu dan 16 salinan bahasa Inggeris.

Kesemua ketua negeri menandatangani perjanjian tersebut di King’s House kecuali DYMM Sultan Johor yang menandatanganinya di Johor kerana baginda gering dan tidak dapat berangkat ke Kuala Lumpur.

Perjanjian ini antara lainnya mengesahkan penubuhan sebuah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi sembilan buah negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.

Ia juga secara langsung membubarkan Malayan Union yang sebelum ini ditentang oleh Raja-raja dan orang Melayu.

Hak Raja-raja Melayu sebagai pemerintah tertinggi di negeri masing-masing dikembalikan dan kedaulatan mereka terpelihara.

On 15 December 2025, Prime Minister Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim signed a commemorative plaque marking the historic completion of the restoration of Seri Negara. The ceremony signified the return of this landmark building to the public following an extensive conservation effort led by Khazanah Nasional Berhad under Dana Warisan and Warisan KL.

In his address, the Prime Minister emphasised that the preservation of heritage is not merely an exercise in revisiting history, but an act of giving meaning to independence and national identity. He reminded the audience that freedom was never attained without sacrifice, noting that the nation’s story is marked by hardship and struggle — by sweat, blood and tears — and that younger generations must understand this inheritance.

Reflecting on the building’s past as a symbol of colonial elitism, he underscored that Seri Negara now carries renewed significance. No longer an exclusive enclave, it has been redefined as a space belonging to all. Within the framework of Malaysia MADANI, he stressed the principle of inclusivity, affirming that schoolchildren, young people and ordinary citizens must be able to claim this place as their own — as citizens of a sovereign and independent nation.

He further described the restoration as an endeavour to be enjoyed and embraced by all Malaysians, one in which they may take pride as an expression of the true meaning of independence.

This commemorative plaque therefore signifies more than a formal inauguration. It marks a profound shift in meaning — from a monument of colonial authority to a living, inclusive heritage landmark. It records the moment Seri Negara was reclaimed as a public cultural space, a platform for historical learning, and a symbol of national pride for present and future generations.

Senarai Nama

Penafian:
Senarai nama ini mengenal pasti Raja-raja Melayu dan wakil British yang duduk di barisan hadapan. Individu lain yang terdapat dalam gambar ini termasuk Menteri Besar, wakil Raja-raja Melayu, wakil Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), pegawai British, serta penasihat undang-undang. Sekiranya anda mengenali mana-mana individu yang tidak disenaraikan, sila maklumkan kepada petugas galeri. Terima kasih.

Barisan pertama, duduk dari kiri:

  1. YTM Undang Luak Rembau Dato’ Lela Maharaja Haji Ipap bin Abdullah
  2. YTM Undang Luak Jelebu Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Shahmaruddin bin Abdul Rahman
  3. D.Y.M.M. Sultan Ismail Nasiruddin Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin (Negeri Sembilan)
  4. D.Y.M.M. Tuanku Syed Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail (Perlis)
  5. D.Y.M.M. Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah Raja Abdul Aziz (Perak)
  6. D.Y.M.M. Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (Yang-di-Pertuan Besar Negeri Sembilan)
  7. Sir Edward James Gent (Gabenor Malayan Union)
  8. D.Y.M.M. Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatu-din Al-Muazzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abdullah Al-mu’tassim Bi’llah Shah (Pahang)
  9. D.Y.M.M. Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaeiddin Sulaiman Shah (Selangor)
  10. D.Y.M.M. Sultan Sir Badlishah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah (Kedah)
  11. D.Y.M.M. Sultan Sir Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad VI (Kelantan)
  12. YTM Undang Luak Sungai Ujong Dato’ Klana Petra Muhammad Kassim bin Dato’ Andulika Mandalika Haji Abdul Rashid
  13. YTM Undang Luak Johol Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Abdul Manap bin Tolok
  14. YTM Tunku Besar Tampin Tunku Syed Idrus bin Tunku Syed Muhammad al-Qadri

Barisan kedua, kelima dari kanan:

  1. Tan Sri Dato’ Sri Setia Raja Dato’ Haji Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud (Dato’ Seri Setia Raja Kelantan)

Barisan kedua, kelapan dari kanan:

  1. Dato’ Sir Mohamad Sheriff Osman (Setiausaha Kerajaan Kedah)

Barisan terakhir, ketiga dari kanan:

  1. Dato’ Onn Jaafar (MB Johor, Presiden UMNO)

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan pada 25 Julai 1946 untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terdiri daripada:

Menteri Besar (MB)

Jawatan Menteri Besar di Tanah Melayu bermula secara rasmi pada 1 Februari 1948, serentak dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Malayan Union, dengan Johor menjadi negeri pertama melaksanakannya. Mereka bertindak sebagai ketua eksekutif negeri di bawah naungan British, yang kemudiannya dipilih daripada parti majoriti selepas kemerdekaan 1957.

  • Tan Sri Dato’ Sri Setia Raja Dato’ Haji Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud (MB Kelantan) 
  • Dato’ Sir Mohamad Sheriff Osman (MB Kedah)
  • Datuk Hamzah Abdullah (Orang kaya Menteri Besar Selangor)
  • Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (MB Perak)
  • Dato’ Setia Wangsa Haji Sir Mahmud bin Mat (MB Pahang)
  • Tun Dato’ Maha Kurnia Abdul Malek bin Yusuf (MB Negeri Sembilan)
  • Tengku Muda Datuk Haji Sir Muhammad ibni Sultan Haji Sir Ahmad al-Mu’azzam Shah (MB Terengganu)
  • Dato’ Haji Raja Ahmad bin Raja Endut (MB Perlis)

Wakil Raja-raja Melayu

  • Raja Kamaralzaman Raja Ngah Mansur (Raja Kecil Tengah Perak)

Wakil UMNO

  • Dato’ Onn Jaafar
  • Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamed Yassin
  • Dato’ Megat Yunus bin Megat Mohd Isa

Wakil Kerajaan British

  • Sir Alexander Theodore Newboult (Ketua Setiausaha | Chief Secretary Malayan Union)
  • Sir Kenneth Kennedy O’Connor (Peguam Negara | Attorney General Malayan Union)
  • W.D. Godsall (Setiausaha Kewangan | Financial Secretary)
  • Dr. W. Linehan – Malayan Civil Service (MCS)
  • Williams – Malayan Civil Service (MCS)
  • D.C Watherston (Setiausaha | Secretary)

Penasihat Undang-undang

  • Sir Theodore Samuel Adams (Penasihat Raja-raja Melayu | Adviser to the Malay Rulers)
  • Sir Roland St. John Braddell (Penasihat Undang-undang UMNO | Legal Adviser to UMNO)
  • Major General Sir Herbert Ralph Hone (Pemerhati dan wakil Gabenor Jeneral | Observer and representative of the Governor General)

Pautan Berkaitan

Pautan ke laman sesawang Hari Ini Dalam Sejarah mengenai Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948:
https://hids.arkib.gov.my/#/site_vod_detail/76?prc=shw

Pautan ke laman sesawang Hari Ini Dalam Sejarah mengenai Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948:
https://hids.arkib.gov.my/#/site_vod_detail/83?prc=shw

Visitor Amenities

our floor plan

Privacy Notice